lg subscribe malaysia
lg subscribe malaysia

UHD 4K

65 inch LG NANO 4K UHD AI Smart TV 2026

65NU865BPSA

Ciri-ciri Utama

  • Nano Detail Enhancer memperhalusi tekstur dan kedalaman imej untuk paparan 4K yang lebih hidup dan realistik.
  • webOS yang memenangi pelbagai anugerah menawarkan pengalaman AI canggih, dikuasakan oleh Google Gemini dan Microsoft Copilot.
  • AI Hub membuka pengalaman pintar yang diperibadikan serta dilindungi oleh LG Shield.
  • Akses pelbagai kandungan siaran langsung dan atas permintaan dengan lancar melalui LG Channels.

RENTAL - 5 YEARS

5 Years Warranty

RM75

monthly

Nikmati diskaun hebat 50% untuk 9 bulan pertama.

KENAPA LG NANO 4K UHD?

Nano Detail Enhancer
Reka Bentuk Nipis
Dilindungi oleh LG Shield
Multi AI webOS yang Memenangi Anugerah
AI Hub untuk Pengalaman yang Diperibadikan

Bagaimana LG NANO 4K UHD Meningkatkan Kejelasan dan Perincian?
LG NANO 4K UHD direka untuk menampilkan perincian yang kaya dalam setiap babak. Teknologi Nano Detail Enhancer menganalisis setiap bingkai bagi meningkatkan kontras, perincian dan kecerahan pada tahap nano. Algoritma peningkatan resolusi yang canggih pula menaik taraf kandungan kepada kualiti 4K, membolehkan anda menikmati tontonan yang lebih tajam dan berkualiti tinggi.

Nano Detail Enhancer
Memperhalusi Kontras untuk Kedalaman yang Lebih Realistik
Dikuasakan oleh Pemproses AI Alpha, TV anda menganalisis imej untuk mendedahkan perincian nano, meningkatkan kontras dan kedalaman bagi menghasilkan paparan yang lebih hidup serta pengalaman tontonan yang lebih tiga dimensi.

HDR10 Pro
Perincian Lebih Jelas, Kontras Lebih Mendalam dalam Setiap Babak
Format HDR10 Pro kami menghasilkan sorotan yang lebih terang dan bayang-bayang yang lebih mendalam. Nikmati setiap adegan dengan kecerahan yang dipertingkatkan serta perincian yang lebih kaya dan realistik.
alpha 7 AI Processor 4K Gen9
Dipertingkatkan untuk Pemprosesan yang Lebih Pintar dan Berkuasa
Dikuasakan oleh peningkatan prestasi GPU dan CPU, Pemproses AI alpha 7 melaksanakan pengoptimuman imej pada skala nano untuk menghasilkan paparan 4K yang lebih jelas dengan kontras yang dipertingkatkan serta kedalaman tiga dimensi yang lebih realistik.

Mengapa LG AI TV?
TV Pintar yang Mengoptimumkan Setiap Pengalaman
LG AI TV mengoptimumkan kualiti gambar dan bunyi sambil menjadikan kehidupan harian lebih pintar melalui AI Hub yang diperibadikan mengikut keperluan dan pilihan anda.

Multi AI Search
Carian AI Lanjutan dengan Google Gemini dan Microsoft Copilot
Hanya nyatakan apa yang ingin anda cari dan pilih model AI yang paling sesuai dengan keperluan anda. Sistem akan berhubung dengan pelbagai model AI untuk memberikan hasil carian yang lebih meluas, tepat dan relevan bagi membantu anda mendapatkan maklumat yang diinginkan dengan lebih mudah.
AI Concierge
Cadangan Kandungan yang Diperibadikan untuk Anda
AI Concierge mencadangkan kandungan dan maklumat yang disesuaikan mengikut minat anda. Fungsi In This Scene memberikan cadangan serta maklumat yang berkaitan berdasarkan apa yang sedang anda tonton, manakala Generative AI membolehkan anda mencari dan menghasilkan imej dengan lebih mudah.
AI Voice ID dengan My Page
TV Mengenali Suara Anda untuk Pengalaman yang Lebih Peribadi
LG AI TV mengenal pasti suara anda dan membawa anda terus ke My Page yang diperibadikan khas untuk anda. Di My Page, anda boleh melihat pelbagai maklumat penting dengan mudah seperti cuaca, kalendar, widget serta skor sukan kegemaran anda dalam satu paparan yang praktikal.

4K Super Upscaling
Peningkatan 4K Memperhalusi Setiap Bingkai untuk Kualiti Visual yang Lebih Baik
Tingkatkan kejelasan visual dengan teknologi 4K Super Upscaling yang menghasilkan paparan 4K yang lebih semula jadi, manakala Dynamic Tone Mapping melaras kecerahan dan kontras secara pintar bagi setiap bingkai untuk pengalaman tontonan yang lebih jelas dan hidup.

Virtual 9.1.2 Ch
Bunyi Imersif dengan Virtual 9.1.2 Ch
AI Sound menggunakan algoritma canggih untuk menganalisis dan meningkatkan audio bagi menghasilkan pengalaman bunyi yang menyerupai sistem surround 9.1.2 saluran, walaupun tanpa penggunaan pembesar suara luaran tambahan.
AI Magic Remote
Navigasi Mudah dan Pantas dengan AI Hub
Nikmati kawalan TV yang lebih mudah dengan AI Magic Remote. Dilengkapi sensor pergerakan dan roda skrol, anda boleh klik, seret dan lepaskan seperti menggunakan tetikus udara (air mouse), atau hanya bercakap untuk mengawal TV melalui arahan suara.
AI Chatbot
Mengenal Pasti Masalah Sebelum Anda Bertanya

Apabila TV anda menunjukkan tanda-tanda masalah, sistem akan mengesan isu tersebut dan menyediakan panduan langkah demi langkah terus pada skrin. Ini membantu anda menyelesaikan masalah dengan segera atau menghubungkan anda kepada sokongan yang diperlukan.

AI Picture Wizard
Tetapkan Gaya Gambar Mengikut Citarasa Anda
Algoritma canggih mempelajari keutamaan tontonan anda. Berdasarkan pilihan yang dibuat, TV akan mencipta tetapan gambar yang diperibadikan khas untuk memberikan pengalaman menonton yang lebih sesuai dengan citarasa anda.

AI Sound Wizard
Tetapkan Bunyi Mengikut Citarasa Anda
TV anda melaraskan bunyi mengikut keutamaan pendengaran anda dan mengoptimumkan kualiti audio secara keseluruhan untuk menghasilkan profil bunyi yang ditala dengan tepat mengikut citarasa dan keselesaan anda.

Smart Connectivity
Home Hub, Platform Rumah Pintar Serba Lengkap Anda
Home Hub menyatukan semua peranti pintar anda dalam satu platform. Sambungkan, kawal dan berinteraksi dengan peranti IoT rumah anda dengan mudah merentasi ekosistem rumah pintar yang disokong untuk pengalaman yang lebih lancar dan pintar.

Peningkatan baharu setiap tahun selama 5 tahun dengan webOS Re:Program Baharu yang memenangi anugerah

Dapatkan faedah daripada ciri dan perisian terkini dengan peningkatan tahunan. Penerima Anugerah Inovasi CES untuk kategori keselamatan siber, berasa selamat kerana mengetahui webOS mengekalkan privasi dan data anda, selamat.

Virtual 9.1.2 Ch
Bunyi Imersif dengan Virtual 9.1.2 Ch
AI Sound menggunakan algoritma canggih untuk menganalisis dan meningkatkan audio bagi menghasilkan pengalaman bunyi yang menyerupai sistem surround 9.1.2 saluran, walaupun tanpa penggunaan pembesar suara luaran tambahan.

Temui Karya Agung Tanpa Had dengan LG Gallery+

LG Gallery+
Serlahkan Ruang Anda dengan Pelbagai Pilihan Kandungan
LG Gallery+ memberikan akses kepada lebih 100 karya seni, video ambien dan pelbagai kandungan visual untuk mencantikkan ruang kediaman anda. Dengan kemas kini perpustakaan yang dilakukan secara berkala, anda boleh memperibadikan rumah dengan kandungan terpilih yang mencerminkan gaya dan citarasa anda.
BGM with Music Lounge
Cipta Suasana Sempurna dengan Muzik
Wujudkan suasana yang sesuai dengan muzik yang sepadan dengan visual anda. Gunakan cadangan muzik yang disyorkan berdasarkan citarasa anda atau sambungkan peranti melalui Bluetooth untuk memainkan lagu pilihan anda sendiri.
My Photos
Akses Google Photos dan Paparkan Kenangan Anda dengan Mudah
Sambungkan akaun Google Photos anda ke TV dengan mudah hanya menggunakan telefon pintar. Peribadikan ruang anda dengan memaparkan foto-foto kegemaran daripada koleksi peribadi anda terus pada skrin TV.
Information Board
Kekal Dikemas Kini dengan Papan Pemuka Peribadi Serba Lengkap
Lihat pelbagai maklumat penting dalam satu paparan yang mudah. Dapatkan kemas kini cuaca, notifikasi sukan, akses Google Calendar, serta tetapkan pemberitahuan untuk Home Hub, jadual tontonan anda dan banyak lagi.
Gallery Mode
Tukar TV Anda Menjadi Galeri Seni dengan Mudah
Apabila Gallery Mode diaktifkan, TV anda boleh memaparkan karya seni pilihan walaupun tidak digunakan untuk tontonan biasa. Pada masa yang sama, ia membantu menjimatkan tenaga sambil menambahkan sentuhan gaya dan elegan pada ruang kediaman anda.

Auto Brightness Control
Kecerahan Optimum dalam Apa Jua Keadaan Pencahayaan
Brightness Control melaraskan tahap kecerahan skrin secara automatik berdasarkan pencahayaan persekitaran, memastikan paparan sentiasa jelas dan selesa untuk ditonton dalam apa jua keadaan.

Motion Sensor
Bertindak Balas Secara Pintar Terhadap Kehadiran Anda
Sensor gerakan membolehkan TV anda bertindak balas secara pintar dengan menukar mod operasi secara automatik berdasarkan sama ada anda berada berhampiran atau tidak, memberikan pengalaman yang lebih mudah dan cekap.

Reka Bentuk yang Direka untuk Menyerlahkan Ruang Anda

Slim Design
Profil Nipis yang Harmoni dengan Ruang Dalaman Anda
Direka dengan garisan minimalis dan perincian yang halus, profil TV yang langsing ini menyatu dengan cantik dalam ruang kediaman anda sambil menambahkan sentuhan moden dan sofistikated tanpa mengganggu dekorasi sedia ada.
Hayati kehangatan setiap perlawanan sukan
Sports Forecast by AI Concierge
Ramalan Perlawanan dengan Kuasa AI
AI menganalisis statistik dan prestasi pasukan kegemaran anda untuk memberikan ramalan perlawanan yang lebih tepat. Nikmati pengalaman menyokong pasukan anda dengan lebih menarik melalui pandangan dan analisis yang dijana oleh AI.
TruMotion
Pergerakan Lebih Lancar untuk Setiap Jenis Kandungan
TruMotion melaraskan tahap pengurangan judder secara pintar untuk memberikan kadar kelancaran yang sesuai mengikut jenis kandungan. Nikmati pengalaman tontonan yang lebih semula jadi dan lancar sama ada ketika menonton filem, sukan atau hiburan lain.
Sports Alert
Tetapkan Peringatan dan Jangan Terlepas Sebarang Aksi
Ikuti setiap detik penting perlawanan dengan mudah. Tetapkan peringatan untuk menerima notifikasi mengenai jadual perlawanan, keputusan terkini, skor langsung dan pelbagai kemas kini berkaitan pasukan kegemaran anda.

Melangkah ke dunia yang direka untuk menang

Ultimate Gameplay
Menang dengan Prestasi Permainan yang Lebih Lancar
Nikmati pengalaman permainan yang lebih responsif dengan sokongan VRR sehingga 60Hz. Dipadankan dengan pengawal pertama yang diperakui BT ULL serta kadar segar semula yang pantas, setiap sesi permainan menjadi lebih lancar, stabil dan menyeronokkan.
Bluetooth Ultra Low Latency
TV Pertama di Dunia yang Menyokong Pengawal Bluetooth Ultra Low Latency
Nikmati pengalaman permainan awan (cloud gaming) berprestasi tinggi dengan sokongan Bluetooth Ultra Low Latency Controller yang mengurangkan kelewatan input kepada kurang daripada 3.0ms. Kawalan yang pantas dan responsif memberikan rasa seolah-olah menggunakan sambungan berwayar, walaupun ketika bermain melalui cloud gaming.
LG Gaming Portal
Hab Permainan Lengkap Anda – Tanpa Memerlukan Konsol
Terokai ribuan permainan daripada NVIDIA GeForce NOW, aplikasi webOS asli dan pelbagai platform lain dalam satu tempat. Cari permainan yang sesuai untuk alat kawalan jauh atau gamepad dengan mudah, serta cabar pemain lain melalui Challenge Mode untuk pengalaman permainan yang lebih menyeronokkan.
Game Dashboard & Optimizer
Laraskan Tetapan Permainan Mengikut Gaya Anda
Peribadikan pengalaman permainan anda dengan mudah menggunakan Game Dashboard untuk kawalan pantas secara masa nyata dan Game Optimizer untuk pelarasan tetapan yang lebih terperinci. Ubah kadar segar semula (refresh rate), tahap kependaman (latency) dan mod visual bagi mengoptimumkan setiap sesi permainan dengan lebih mudah dan tepat.
Pawagam Sebenar, terpelihara dalam perincian tepat

FILMMAKER MODE™
Tonton Filem Seperti yang Dimaksudkan oleh Pengarah
FILMMAKER MODE™ mematikan pemprosesan tambahan yang tidak diperlukan dan mengekalkan warna, pergerakan serta nisbah aspek yang dipilih oleh pengarah. Hasilnya, filem dipaparkan dengan rupa dan suasana yang sama seperti yang dirancang ketika proses produksi di studio.

LG Soundbar memperhebat setiap babak dengan bunyi sekeliling yang lebih padat

WOW Orchestra
Bunyi Surround Lebih Mantap dengan TV dan Soundbar LG yang Diselaraskan
Dengan menyelaraskan TV dan Soundbar LG sebagai satu sistem audio yang harmoni, WOW Orchestra memperluaskan kedalaman serta arah bunyi untuk menghasilkan pengalaman surround yang lebih menyeluruh, imersif dan mengasyikkan.
Accessibility
Pengalaman Tontonan yang Lebih Mudah Diakses untuk Semua
TV LG direka dengan pelbagai ciri aksesibiliti untuk memastikan pengalaman hiburan yang lebih inklusif. Antaranya termasuk Penapis Pelarasan Warna (Color Adjustment Filter), Panduan Bahasa Isyarat serta sokongan sambungan terus kepada peranti bantuan audio bagi memenuhi keperluan pengguna yang berbeza.

Specifikasi

All Spec

DIMENSIONS AND WEIGHTS

TV Dimensions without Stand (WxHxD, mm)
1445 x 834 x 71
TV Dimensions with Stand (WxHxD, mm)
1445 x 894 x 309
Packaging Dimensions (WxHxD, mm)
1595 x 965 x 133
TV Stand (WxD, mm)
1291 x 309
TV Weight without Stand (kg)
12.3
TV Weight with Stand (kg)
12.5
Packaging Weight (kg)
17.4
VESA Mounting (WxH, mm)
300 x 200